Followers

Renungan..

''Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit '' Ukhuwah itu bagai seutas tasbih.. ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya..

Pengalaman Pertama Kali Bersalin.

Sabtu, 7 Mei 2011

Orang kata melahirkan anak pertama adalah saat yang paling mengetirkan.. Pertama kali melahirkan dan pertama kali masuk hospital merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh sesiapa pun dan tidak terkecuali diriku..

Ceritaku bermula...
Perkahwinan antara aku dan suami beelangsung dengaan sempurna sekali. Aku di nikahkan pada 22 November 2009 dan Majlis persanding pula pada 4 Disember 2009. Sejak itu bermula episod menjadi seorang isteri kepada En Z...
Pada awalnya kami merancang untuk mendapatkan zuriat kerna sebab-sebab tertentu. Tetapi kami redha kalau ada rezeki kami terima dan berserah bulat-bulat pada ALLAH.. Kuasa ALLAH mengatasi segalanya, tak sampai sebulan dari tarikh perkahwinan, aku di sahkan mengandung. Maka bergembiralah keluarga kedua pihak, almaklumlah menanti bagai buah nak jatuh, cucu sulung bagi kedua keluarga...
Disaat akhir kehamilan, aku bertekad berhenti kerja di usia kandungan lapan bulan. Dua minggu dari tarikh EDD aku berada bersama keluarga aku. Yealah saat kelahiran pertama biar la mak ada disisi untuk membantu mana yang tahu lagi pun seminggu lagi hari raya Aidilfitri menjelang....
Minggu berganti minggu, hari berganti hari, pada hari raya yang ke-dua aku mula rasa sakit di bahagian perut, memulas bagai nak rak tp tarikh EDD aku lagi seminggu iaitu 7 September 2009. Aku dibawa ke hospital Gua musang. Nurse cuba check bukaan, masih belum terbuka. keesokan harinya aku di benarkan pulang memandangkan tarikh EDD seminggu lagi dan bukaan pun tiada lagi.
Tepat pada tarikh EDD, belum ada tanda-tanda aku ingin bersalin. Suamiku mula gelisah. Setelah empat hari melebihi tarikh EDD,aku mula rasa tidak selesa.

21 Disember 2009 (Selasa)
6.15 pg
Aku bangun untuk solat subuh. bila aku berdiri tetiba aku rasa ada satu cecair bercampur sedikit darah mengalir kebahagian betisku. Aku segera memberitahu suami dan my mum. Mereka meminta aku bersiap untuk ke hospital.

9.30 pg
Aku di bawa ke hospital Gua Musang yang berhapiran dengan rumah. Waktu tu tiada pun rasa sakit. Bila nurse check bukaan, masih bulum terbuka lagi. Nurse meninta untuk buat CTG sebab nak tengok contraction pada rahim. Lepas siap CTG aku di bawa ke katil untuk rahatkan badan.

2.00 ptg
Aku mula rasa sedikit sakit di bahagian perut dan pinggang. tp tak lama hanya sekejap-kejap ajer. Aku di suruh masuk ke Labour Room untuk check bukaan. Bukaan baru 1cm. lagi 9cm kena tunggu.

8.00 mln
Malam ni my friend yg temankan aku kat hospital. Bukan tak bagi my mum temankan,kesian takut dia letih. Sakit plak makin terasa. Dalam satu jam sekali sakit tu datang. waktu ni masih bleh tahan lagi..

11.00 Mlm
Sakit makin kuat dan tak dapat nk di tahan lagi...bagai nak tercacut pingggang aku. Sakit dalam setengah jam sekali. My friend cuba tenangkan aku dan gosok aku punya pingggang. Tp sakitnya mengatasi segala-galanya. Aku meminta my friend panggilkan aku punya Ummi n Hubby. Aku masuk lagi Labour Room untuk check bukaan. Aduh baru 2cm. Kenapala lama sangat bukaan ni..

2.00pg
Sakit yang tak dapat di tahan lagi. aku menjerit-jerit kesakitan. My mun gosokkan aku punya pingggang. Mulut aku tak lekang dari membaca zikir dan doa pada Allah supaya di permudahkan bersalin.

7.00pg
Aku di minta lagi untuk masul labour room untuk check bukaan lagi..haaaah..dah terbuka 5cm. aku di tahan dalam labour room. Waktu tu sakit hanya Tuhan yang tahu. Aku nangis sorang-sorang menahan kesakitan sambil berdoa semoga Allah permudahkan proses bersalin. Masa tu dah tak boleh baring lagi...memang sakit sangat..

9.00 Pg
Bukaan dah 7cm. Sakit makin kuat hingga tak dapat lagi aku tahan. Baru aku tahu macam mana sakitnya seorang ibu melahirkan seseorang zuriat.

12.05 Tgh Hari
Jalan bukaan dah 8cm. Nurse meminta untuk memecahkan air ketumban. Aku mula gelisah. Setelah air ketumban di pecahkan, sakit mula kuat. datangnya 2minit sekali. aku meminta nurse memanggilkan my mum. Aku menjerit-jerit. Aku di marah dan di maki oleh nurse,tp aku tak peduli. Sakit mengatasi segalanya. Aku memujuk doktor supaya membenarkan my mum temankan aku di saat itu. Akhirnya doktor membenarkan my mum masuk menemani aku di saat kelahiran ini.

1.30 Tgh Hari
Bukaan sudah 10cm. Aku dengan sedaya upaya meneran, tp baby tak mau keluar. Hapir 5kali aku cuba akhirnya aku manpak kepala baby. Aku sempat terlelap. Semua nurse yang berada di situ memarahi aku, risau takut baby lemas. Dengan nama Allah Huakhbar aku menjerit, akhirnya keluarlah Zuriatku yang pertama. Alhamdulillah..

0 ulasan:

Ulang Tahun Pernikahan

Daisypath Anniversary tickers

Welcome

I LOVE U when you are laughing..

I LOVE U when you are sad..

I LOVE U when you are happy..

I LOVE U when you are mad..

I LOVE U when you are joking..

I LOVE U when you are true..

But the reason why I LOVE U

Is just because u are YOU!!!

Labels

Member Bloger

Popular Posts

Iklan

Set Kecantikan | Natural 99