Followers

Renungan..

''Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit '' Ukhuwah itu bagai seutas tasbih.. ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya..

Penerangan Mudah Tentang Server Dan Internet

Ahad, 22 November 2009


Definisi Ringkas Server:

Server ialah komputer atau peralatan (device) di dalam sesuatu rangkaian yang menguruskan sumber rangkaian tersebut. Contonhya, file server ialah komputer atau peralatan simpanan (storage device) yang di dedikasikan atau di khususkan sebagai tempat untuk menyimpan fail. Mana-mana pengguna yang berada dalam rangkaian (network) itu dapat mengakses atau mencapai fail di server tersebut. Print server ialah komputer yang menguruskan satu atau lebih pencetak (printer) manakala network server ialah komputer yang menguruskan trafik rangkaian (network traffic) dan Contoh lain, web server menguruskan fail halaman web yang boleh diakses oleh penguna komputer yang lain yang bersambung dengan rangkaian internet

Contoh Rangkaian Server

Internet dan Web Server:
Seperti yang di ketahui umum, internet ialah jaringan komputer global yang saling bersambungan di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini yang bersambungan melalui kabel komunikasi dan talian telefon membentuk satu rangkaian komputer yang di namakan internet. Setiap komputer yang saling berangkaian ini boleh mengakses di antara satu sama lain dengan mematuhi syarat-syarat atau kebenaran akses yang tertentu.

Visual Jaringan internet


Hampir secara keseluruhannya, struktur internet adalah berdasarkan model client-server. Terdapat berjuta-juta server yang bersambungan dengan internet di seluruh dunia dan kebiasaannya seseorang pengguna internet memerlukan satu atau lebih interaksi dengan satu atau lebih server.


Gambaran Bagaimana Web Server Berfungsi


Apabila anda melawat sesuatu laman web di internet, anda sebenarnya sedang mengakses sebuah server. Server ini dikenali sebagai web server yang pada dasarnya berfungsi untuk menyediakan kandungan statik (static content) kepada pelayar web (web browser) dengan cara memuatkan (loading) sesebuah fail dari cakera (disk) melalui rangkaian dan menyiapsediakan untuk dipaparkan kepada pelayar web pengguna. Web browser berkomunikasi dengan web server dengan menggunakan perantara HTTP. Anda boleh merujuk kepada laman web wikipedia untuk maklumat lanjut tentang http ini.

Contoh Web Server Bahagian Dalaman Web Server

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam ziarah,
Satu perkongsian yang baik.

dr ridz

Ulang Tahun Pernikahan

Daisypath Anniversary tickers

Welcome

I LOVE U when you are laughing..

I LOVE U when you are sad..

I LOVE U when you are happy..

I LOVE U when you are mad..

I LOVE U when you are joking..

I LOVE U when you are true..

But the reason why I LOVE U

Is just because u are YOU!!!

Labels

Member Bloger

Popular Posts

Iklan

Set Kecantikan | Natural 99