Halang virus menjangkiti USB drive anda
Selain daripada harddrive pada komputer kita, USB drive adalah merupakan suatu media yang amat senang untuk dijangkiti oleh virus.
Seringkali juga saya terpaksa format semula USB drive saya itu dan muatkan semula segala perisian yang perlu.
Kini terdapat suatu lagi kaedah iaitu dengan mengenakan ‘Write Protect’ pada USB drive anda! Jika USB drive anda berada dalam keadaan ‘Write Protect’ bermakna pada teorinya virus dan spyware tidak akan dapat menjangkitinya. Harus diingat bahawa dalam keadaan itu juga anda tidak boleh menyimpan sebarang file atau aplikasi sehinggalah anda nyahkan “Write Protect’ tadi.

Setelah anda memasang USB Write Protect, anda akan berdepan dengan screen seperti di atas. Klik pada ‘USB write protection ON’, cabut USB Drive anda dan pasang semula pada slotnya.
Jika anda ingin memuatturun sebarang aplikasi atau perisian, jangan lupa untuk buang “Write Protect” tadi iaitu dengan memilih ‘USB write protection OFF.’
Harus diingat bahawa jika anda memilih untuk OFFkannya anda akan berdepan dengan skrin di bawah ini pula……

Ia hanya sekadar amaran sahaja. Klik Continue. Selepas itu cabut USB drive anda dan pasang semula ke slotnya untuk membolehkan anda memuatturun perisian atau aplikasi pada USB Drive anda semula. Kena kerja lebih la sedikit, tetapi biar lambat asal selamat kan.
Muatturun USBWP
di siniPeringatan: Sekiranya anda telah “write protect” satu USB drive anda, maka semua perkakasan USB lain seperti Digital Camera, MP3/MP4 player anda secara otomatik akan menjadi ‘write protect’ juga jika anda memasangnya pada komputer berkenaan.
1 ulasan:
salam kenal. banyak maklumat berguna, izinkan follow blog ye.
Catat Ulasan